Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Pelantikan Sebagai TPM Bukan Habuan, Tapi Tanggungjawab

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pelantikannya yang berkuat kuasa esok adalah bukti jelas tentang kebersamaan antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah lama terjalin.

“Pemikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan, ia mengulangi sejarah lama apabila Najib yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan melantik saya sebagai Setiausaha Politik.

“…kemudian saya mengikut Najib sebagai Setiausaha Politik apabila beliau dilantik sehingga menjadi Menteri Pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra.

Ahmad Zahid yang masih mengekalkan portfolio Menteri Dalam Negeri berkata: “Saya tak pernah menjangkakan dan membayangkan (pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri) tetapi Allah Taala yang menentukannya. Saya terima ini sebagai Qada dan Qadar”.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.