Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Pelantikan Zahid Penghargaan Buat Negeri Perak

Kongsi maklumat ini
Tags

fghfzdgjIPOH – Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan Ahmad Zahid suatu penghargaan bagi negeri ini kerana menjadi anak Perak pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, pastinya rakyat negeri Perak gembira dan berbangga.

“Adalah menjadi prerogatif Perdana Menteri untuk membentuk pasukan Kabinetnya,” katanya.

Zambry turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang menerima kenaikan pangkat ke menteri penuh sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Ini satu lagi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan anak Perak,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.