Kiriman pada: Thu, Nov 19th, 2015

Pelbagai Langkah Diambil Tingkat Kedatangan Pengunjung Ke Zoo Melaka

Kongsi maklumat ini
Tags

xvxfMelaka – Kerajaan negeri Melaka mengambil beberapa langkah dan agenda dalam meningkatkan kedatangan pengunjung ke Zoo Melaka, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata langkah tersebut ialah menambah bilangan haiwan khususnya daripada latar belakang berbeza, menganjurkan pelbagai program baharu serta mengambil pakar dari Thailand dan Singapura.

“Proses peningkatan kualiti perkhidmatan berterusan merupakan antara usaha kita untuk menambah baik Zoo Melaka,” katanya menjawab soalan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Idris berkata kedatangan pelancong ke zoo berkenaan agak membimbangkan dengan 296,000 pengunjung direkodkan sehingga Oktober lepas berbanding kira-kira 720,000 pengunjung setahun pada 2010.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Goh Leong San (DAP-Duyong), beliau berkata Zoo Melaka kini dianggarkan bernilai RM9.1 juta dan sebanyak 287 ekor haiwan telah mati serta 240 ekor ditambah di zoo itu sejak diambil alih Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya pada 2013.

Beliau berkata buat masa ini, kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk memindahkan Zoo Melaka yang dibina pada tahun 1963 di Ayer Keroh atas faktor nilai sejarah dan lokasi strategik untuk tarikan pelancong.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.