Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Pelbagai Penambahbaikan Bagi Tingkatkan Jumlah Pelajar Duduki STAM

Kongsi maklumat ini
Tags

PKKuala Lumpur – Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan penyertaan murid sekolah menengah agama rakyat, sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata antara langkah itu melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBDKBT) serta kurikulum STAM Tingkatan 6 Dini di sekolah-sekolah berkenaan mulai sesi persekolahan tahun ini.

“Kementerian juga sedia meluluskan permohonan sekolah yang ingin membuka kelas KBDKBT dan STAM jika memenuhi kriteria dan syarat pembukaan kelas,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat.

Kamalanathan berkata peranan guru juga penting bagi meningkatkan jumlah pelajar mengambil STAM antaranya menyemak dan membuat verifikasi guru-guru yang mana mereka harus mempunyai opsyen pengajian Islam dan Bahasa Arab serta berkemahiran mengajar mata pelajaran.

Kementerian turut meluluskan cadangan penempatan Guru Penutur Jati Bahasa Arab mulai 2016 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang melaksanakan STAM untuk meningkatkan prestasi penguasaan Bahasa Arab, kata beliau.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.