Kiriman pada: Wed, Feb 15th, 2017

Peluang Kedua Guru Gagal Temu Duga

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Seramai 202 guru interim di Sarawak yang gagal dalam sesi temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), baru-baru diberi peluang menduduki temu duga kedua Jun ini, sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) secara separuh masa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua guru tempatan itu boleh meneruskan tugas di sekolah masing-masing, seiring dengan keputusan kerajaan Sarawak.

Langkah dilaksanakan di Sarawak itu adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru di negeri berkenaan.

“Mereka perlu memiliki kelayakan mencukupi selepas dinilai SPP, sebelum di hantar ke IPGM untuk mengikuti kursus keguruan”.

“Saya bersetuju guru interim di Sarawak menduduki temu duga kali ke dua dengan pihak SPP sekitar Jun ini, sebelum melanjutkan pengajian di IPGM”.

“Dalam masa yang sama mereka boleh meneruskan tugas di sekolah masing-masing, seiring dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak,” katanya dalam entri Facebook rasminya, malam tadi.

Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang gagal dalam temu duga itu adalah dalam kalangan yang memiliki ijazah sarjana muda atau diploma bukan dalam bidang pendidikan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.