Kiriman pada: Sat, Feb 20th, 2016

Peluang Warga Tempatan Memenuhi Tuntutan Tenaga Kerja 3D

Kongsi maklumat ini
Tags

pekerja-asing_mal_600Kecelaruan didalam penyampaian berita dan laporan dewasa kini amatlah menyedihkan sahingga boleh memalukan pemimpin dan kerajaan, begitulah yang berlaku terhadap berita mengenai kedangan pekerja dari Bangladesh yang di katakan berjumlah 1.5 juta orang.

Bukan sahaja pemain media sosial tetapi akhbar-akhbar utama dan berita media prima juga turut menyampaikan maklmat yang kurang jelas dan tepat sahingga menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan menjadi isu hangat yang di bicarakan.

Apa sebenarnya yang berlaku didalam isu kedatangan 1.5 juta rakyat Bangladesh ini, seperti yang dilaporkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ini bagi memenuhi pekerjaan yang di katakan sebagai 3D, ia ini kotor, bahaya dan sukar (dirty, dangerous and difficult) dalam tempoh 3-5 tahun.

Sepertimana yang di salah laporkan bahawa kerajaan Bangladesh telah meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia dan kerajaan Malaysia sudah bersetuju untuk menerima kedatangan warga Bangladesh sebagai pekerja.

Maka bertempek pemain di media sosial yang melahirkan rasa tidak senang dengan keputusan kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ini dengan pelbagai alasan dan isu termasuk jaminan pekerjaan bagi lepasan siswazah yang kini masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai.

Sahingga timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi terpaksa membuat penjelasan demi penjelasan untuk menenangkan keadaan walaupun kebanyakkan serangan di tumpukan kepada beliau dan melibatkan keluarga beliau sendiri.

Semalam, satu kelaianan berlaku bila mana Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh masuk berdasarkan perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani antara kedua-dua negara.

Adalah tidak benar dakwaan berkenaan jumlah kemasukan pekerja asing Bangladesh sehingga 1.5 juta orang kerana mengikut polisi Malaysia, sebarang kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini adalah berdasarkan kepada permintaan industri tempatan.

Malah memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh Malaysia dan Bangladesh kelmarin juga tidak menyatakan sebarang angka spesifik berhubung bilangan pekerja yang akan dibawa masuk negara ini kerana ia sememangnya bergantung kepada permintaan.

Soalannya sekarang siapa sebenarnya yang telah membuat perkara salah lapor sahingga rakyat menjadi kelang kabut mengenainya.

Berkeputusan dengan kenyataan Datuk Seri Richard Riot, Datuk Seri Dr Zahid telah mengumunkan penanguhan pengambilan perkerja asing ini buat semenatara waktu.

Begitulah jadinya bilamana berita atau laporan sering di salah tafsirkan dan disalah laporkan kepada pembaca, semoga dengan pengumuman, kekalutan warga Malaysia terhadap isu pendatang asing dari Bangladesh serta kerisauan warga tempatan untuk mendapatkan kerja tidak lah menjadi hangat lagi selepas ini.

Semoga rakyat Malaysia dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh memenuhi permintaan tenaga kerja 3D tersebut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.