Kiriman pada: Sun, Jan 1st, 2017

Pemandu Kedua – Kerajaan Buka Pintu Rundingan

Kongsi maklumat ini
Tags

Bentong – Kerajaan bersedia mendengar cadangan daripada pengusaha bas ekspres mengenai peraturan mewajibkan pemandu kedua setiap bas ekspres bagi perjalanan melebihi 300 kilometer yang didakwa menyukarkan pengusaha bas ekspres di negara ini.

Itulah saranan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu mendengar sendiri cadangan dari pengusaha bas terhadap cadangan untuk menyediakan pemandu kedua bagi setiap bas ekpress yang tidak termasuk dengan peraturan sedia ada ia itu wajib menyediakan pemandu kedua bagi setiap perjalanan melibatkan perjalanan melebihi 4 jam.

Ini bererti beliau telah membuka pintu perbincangan dan bukan membuat arahan yang mana kemudian nanti akan di ekplotasi atau di politikkan seperti mana yang sering berlaku bila melibatkan kepentingan orang awam.

Datuk Seri Liow berkata beliau membuka pintu rundingan bagi penyediaan pemandu kedua walaupun mengekalkan peraturan sedia ada yang mewajibkan pemandu kedua setiap bas ekspres bagi perjalanan empat jam tetap dilaksanakan setakat ini.

“Kalau ada cadangan kita akan lihat tetapi yang penting kepada kita adalah keselamatan orang ramai khususnya penumpang bas berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.