Kiriman pada: Tue, Feb 23rd, 2016

Pemandu lori langgar 22 kenderaan didakwa

Kongsi maklumat ini
Tags

NIBONG TEBAL: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi, di sini, pagi tadi, atas tuduhan sengaja melanggar 22 kenderaan di sebuah kawasan perumahan. G Mathan, 30, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom. Mengikut kertas pertuduhan, Mathan didakwa sengaja melanggar 22 kenderaan di pasar Taman Berjaya, Nibong Tebal, kira-kira jam 8 pagi pada 21 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000, manakala lesen memandu dicatat. Rashidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.