Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

PEMANDU MAUT, ENAM CEDERA BAS SEKOLAH TERBABAS DALAM PARIT

Kongsi maklumat ini
Tags

xmTawau – Seorang pemandu bas sekolah yang diserang sakit jantung, maut selepas bas yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Jawa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pada 6.10 pagi itu, Abdul Rahman Osman, 52, maut di tempat kejadian.

Enam penumpang, lima daripadanya pelajar sekolah rendah berumur antara 11 dan 12 tahun serta seorang ibu pelajar, mengalami kecederaan, katanya.

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu menyebabkan bas sekolah berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam parit,” kata Fadil.

Menurutnya semasa kejadian, bas berkenaan membawa pelajar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa dari Batu 4 .

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.