Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Pemandu Maut Lori Bawa Tong Racun Terbabit Nahas

Kongsi maklumat ini
Tags

fgjhfxgBidor – Seorang pemandu lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam kemalangan di Kilometer 337 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, lori dipandu mangsa yang membawa muatan racun rumpai jenis paraquat berlanggar dengan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan 20 tong racun rumpai itu jatuh di atas jalan raya dan mengalami kebocoran.

“Berikutan itu, anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 malam membuat pemantauan ketika pihak syarikat Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) melakukan penyerapan cecair racun rumpai yang tertumpah itu menggunakan serbuk kayu sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata, pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian turut mengesahkan mangsa pemandu lori itu mati di tempat kejadian.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bidor diketuai Nor Ahmad Mohd Shariff, menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, operasi pasukan bomba dan penyelamat tamat pada jam 10.42 malam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.