Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia?

Kongsi maklumat ini
Tags

dsc_0003PERBALAHAN di antara pemandu teksi konvensional dan syarikat yang menawarkan khidmat pemandu peribadi seperti Uber dan GrabCar sedang hangat diperbualkan.

Membandingkan kelebihan serta kekurangan yang ada pada perkhidmatan pengangkutan awam ini menjadi intipati perbincangan orang ramai yang mengharapkan yang terbaik daripada pengusaha terbabit.

Seakan satu kebetulan, laman web LondonCabs.co.uk baru-baru ini mengeluarkan ranking menamakan 10 negara yang dikatakan mempunyai pemandu teksi paling teruk.

Antara faktor yang dimainkan oleh laman LondonCabs termasuklah kekangan bahasa, kredibiliti dan sikap pemandu selain isu melibatkan tambang teksi.

Pemandu teksi dari Kuala Lumpur mendahului carta dengan tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan cas melampau.

LondonCabs turut menyentuh sikap segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter caj sebaliknya menganggar sahaja jumlah tambang yang bakal dikenakan.

Portal tersebut turut menasihati pembaca supaya para pengguna mencari teksi lain sekiranya pemandu teksi tidak mahu mengunakan meter caj.

Tidak cukup dengan itu, keadaan teksi yang beroperasi di Kuala Lumpur turut dipertikai lantaran kebanyakannya berada dalam kadar yang kurang baik.

Selain Kuala Lumpur, pemandu teksi di beberapa bandar Asia lain seperti Bangkok, Shanghai dan Mumbai turut tersenarai.
Berikut adalah senarai penuh menurut portal LondonCabs:

10. Moscow, Rusia
9. Shanghai, China
8. Kaherah, Mesir
7. Zürich, Switzerland
6. Mumbai, India
5. New York, Amerika Syarikat
4. Paris, Perancis
3. Bangkok, Thailand
2. Rome, Itali
1. Kuala Lumpur, Malaysia

LondonCabs adalah sebuah laman yang membandingkan pengangkutan awam seperti teksi biasa dan teksi mini.

Pengasasnya dikatakan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri dan kini sering mengumpul data bagi membina laman perbandingan berkaitan pengangkutan awam yang lengkap.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.