Kiriman pada: Thu, Jan 19th, 2017

Pemangku CEO Bergelar Datuk Ditahan SPRM

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyalahguna kuasa berhubung projek ePasport di Afrika.

Suspek yang berusia 58 tahun dan berpangkat ‘Datuk’ itu ditahan di kediamannya di Tropica Indah Petaling Jaya dalam satu operasi, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan, suspek ditahan kerana menyalahguna kuasa serta aktiviti melakukan rasuah berkaitan satu projek ePassport yang dijalankan di sebuah negara di benua Afrika.

Dia dikatakan melakukan aktiviti itu antara tahun 2013 dan 2015.

Dalam operasi itu, seorang pengurus jualan antarabangsa GLC terbabit turut ditahan.

Suspek yang berusia 36 tahun ditahan di rumahnya di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.