Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Pembahas bidas ahli, pemimpin tidak setia

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO04_111215_UMNOKUALA LUMPUR: Perbahasan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO yang bersambung hari ini menyaksikan pembahas membidas perlakuan mereka yang tidak setia kepada UMNO dan menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Antara mereka ialah wakil Perak, Datuk Hamzah Mohd Kassim, yang mempertikaikan kesetiaan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada parti. “Apa yang menyedihkan, kita dapat melihat air muka presiden ketika berucap jelas menunjukkan kehampaannya dengan apa yang berlaku di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru baru-baru ini. “Ini kerana apa yang dibuat oleh bekas presiden parti yang dibantu timbalan presiden itu menyentap perasaan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini Hamzah berkata, Najin sebagai presiden UMNO sekarang adalah seorang yang cukup terbuka dan memberikan keselesaan kepada semua ahli parti. “Jangan disebut lagi di peringkat akar umbi bahawa presiden parti kongkong ahli parti dan juga rakyat,” katanya. Ucapan panas Hamzah ini mendapat teguran Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang meminta perwakilan bertenang dan menghormati hari Jumaat. Badruddin mengingatkan perwakilan, perkara yang sudah berlaku biarkan berlalu. “Ubah muka surat dan baca topik lain…jangan sampai saya bagi kad merah,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.