Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Pembangkang Sentiasa Bercanggah Pendapat

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Sikap pembangkang yang sentiasa bertukar kenyataan dan bercanggah antara satu sama lain menyebabkan rakyat keliru.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, DAP mengatakan bahawa mesyuarat Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“(Lim) Kit Siang menafikan dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa terdapat pakatan sulit antara Tun Mahathir (Mohamad) dan beliau mengenai jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika menang dalam pilihan raya umum.

“Jelas sekali dakwaan itu disangkal bercanggah dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa DAP ada memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya mengulas polemik jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri antara parti dalam Pakatan Harapan itu.

Irmohizam dalam kenyataannya berkata, masakan ‘pohon boleh bergoyang jika tiada angin yang meniup’.

“Inilah perumpamaan yang boleh saya samakan terhadap pembangkang”.

Biarpun cuba menyangkal, Kit Siang juga ada menyatakan bahawa tidak ada salahnya beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pakatan menang dalam PRU.

“Walaupun tiada disebut dalam perlembagaan mengenai perjawatan Timbalan Perdana Menteri, ia tetap menjadi keutamaan kepada rakyat untuk mengetahui hasrat pembangkang,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu tahu hala tuju yang jelas sesebuah parti bagi memilih parti yang benar-benar dapat memerintah seperti Barisan Nasional (BN).

“Pihak pembangkang sememangnya tidak akan berterus terang kerana mereka sendiri tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat.

“Kerajaan BN sentiasa mempunyai hala tuju yang jelas. Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan isi hati rakyat serta perancangan yang baik. Contohnya, inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang bakal mewariskan sebuah negara yang hebat hasil dari generasi hari ini untuk generasi akan datang,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.