Kiriman pada: Tue, Nov 17th, 2015

Pembangunan Kampung Datuk Keramat utamakan bumiputera

Kongsi maklumat ini
Tags

keramatKUALA LUMPUR: Pembangunan sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat mengutamakan kediaman rumah mampu milik kepada Bumiputera.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pecahan kepada pangsapuri harga bebas untuk baki pembangunan itu pula tetap memberi majoriti kepada Bumiputera.

“Penduduk asal tapak setinggan itu juga sudah dipindahkan ke program perumahan rakyat (PPR) berhampiran selain tanah itu sendiri menjadi milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Ogos 2011 lagi.

“Syarikat pemaju itu perlu membina 50 peratus rumah mampu milik pada harga RM198,000 dan 100 peratus untuk Bumiputera.

“Sementara untuk pangsapuri harga bebas, 50 peratus adalah untuk Bumiputera dan bakinya untuk Cina dan India. Harganya pula adalah di bawah RM600,000,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Mhd. Amin mengulas mengenai menyataan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang mahu DBKL melihat semula keperluan sekeping tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan kondominium mewah berbanding perumahan mampu milik yang mengutamakan kepentingan rakyat setempat.

Tegas Johari, isu itu semakin meragukan kerana kelulusan diberi kepada sebuah syarikat perumahan yang baru ditubuhkan.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang harga asal pangsapuri yang mencecah RM750,000 sebelum dikatakan diturunkan selepas demonstrasi penduduk di Kampung Datuk Keramat, ini kata Mhd. Amin:

“Itu tidak betul sama sekali. Tanah di Keramat sama dengan Bandar Tun Razak dan tempat lain, saya sudah lancar sembilan projek. Semua lebih kurang sama, harganya tak lebih RM600,000, harga rumah mampu milik pula tidak lebih RM200,000”.
Sebelum ini, Pengerusi Penganjur Perhimpunan Aman Himpunan NGO Penduduk Keramat, Norham Shazali meminta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL memberi asalan kukuh menolak pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) di Kampung Datuk Keramat.

Norham berkata DBKL juga seolah-olah mempunyai perancangan tersendiri yang mengetepikan terus hasrat penduduk di sana yang mahu pembinaan perumahan mampu milik untuk mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.