Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Pembentangan Belanjawan 2016 Ambil Kira Kesan Jangka Pendek Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH / MHIKuala Lumpur – Pembentangan Belanjawan 2016 pada Oktober ini akan mengambil kira kesan jangka pendek ekonomi semasa dan pembangunan usahawan Bumiputera, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bercakap kepada media, Mohd Irwan berkata kerajaan akan memberi fokus untuk mengawal harga barangan, khususnya makanan, dalam pembentangan tersebut.

“Kerajaan akan mengambil langkah untuk tangani masalah harga makanan, bagaimana kita hendak memperbanyak bekalan makan kepada rakyat supaya kos sara hidup akan terkawal dan rendah,” katanya selepas melancarkan tiga produk Bumiputera pada pameran BAHTERA 2015.

Mohd Irwan berkata pembentangan belanjawan akan datang turut memberi penekanan terhadap keusahawanan dalam kalangan Bumiputera.

“Aspek Bumiputera juga akan diambil kira supaya kelompok ini dapat bersaing dengan usahawan lain dan berkongsi kekayaan negara bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata asas ekonomi negara kekal kukuh, dengan keluaran dalam negara kasar pada 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Melihat kepada perkembangan ekonomi semasa, asas yang kita miliki terus kukuh, namun kita berdepan dengan sentimen yang mengakibatkan beberapa masalah sampingan.

“Kadar pengangguran rendah manakala kadar inflasi masih terkawal,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.