Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Pembinaan TAR Kolej Kemudahan Rakyat Sabah Dan Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

113418800Rakyat Sabah dan Sarawak bakal tidak perlu lagi ke Semenanjung jika mahu melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman kerana kerajaan akan membina sebuah lagi kolej berkenaan di Sabah, menurut Datuk Wee Ka Siong.

Kampus baru yang akan dibina di Alam Mesra, berdekatan dengan Universiti malaysia Sabah (UMS) ini akan memudahkan gulungan belia yang mahu melanjutkan pelajaran tanpa perlu datang ke Kuala Lumpur dan ini akan menjimatkan perbelanjaan terutamanya yang melibatkan kos sara hidup di bandaraya Kuala lumpur.

Di maklumkan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahmah (TAR Kolej) akan menjadi sebuah Kolej yang lengkap dan tiada lagi keperluan untuk pelajar Sabah untuk ke Kuala Lumpur dan ianya pasti memberi faedah kepada belia yang mahu mencari ilmu tanpa mengeluarkan belanja yang lebih, selain menyenangkan ibu bapa mereka juga akan dapat menikmati kemudahan yang lengkap.

Cadangan pembinaan Kolej Universiti Tungku Abdul Rahman telah di umumkan oleh Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Seri Liow Tiong Lai pada tahun lalu, dengan kos pembinaan diperuntukan sebanyak RM50 Juta.

Ia akan dibena di atas kawasan selas 2 hektar dan akan menjadi kampus tetap, buat masa ini TAR Kolej hanya menyewa di sebuah premis di Penampang sejak tahun 2002.

Datuk Wee Ka Siong memaklumkan perkara ini ketika menghadiri menghadhiri majlis menyambut rumah terbuka Perayaan Tahun Baru Cina , MCA di Kota Kinabalu , Sabah.

Semoga dengan usaha yang di lakukan oleh MCA diharapkan masyarakat Tiong Hua akan kembali menyokong parti MCA salah satu komponan didalam Barisan Nasional yang memerintah hari ini.

Memang jelas usaha MCA yang berterusan untuk membantu kaum Cina di Malaysia ini agar berterusan mendapat membantu mereka dalam apa sekali bidang pun, baik pendidikan, sosial dan ekonomi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.