Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Pembunuhan Hussain tiada kaitan 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan kes pembunuhan pengasas kumpulan Arab Malaysian Banking, Hussain Ahmad Najadi pada Julai 2013 tiada kaitan langsung dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid berkata, dakwaan kononnya laporan polis dibuat Hussain pada 28 Julai 2013 sebelum kematiannya juga tidak wujud.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan pihak tertentu itu yang cuba mengaitkan kes pembunuhan itu dengan isu 1MDB sebagai satu fitnah besar.
“Mereka sengaja ingin sebarkan berita tidak betul, buat fitnah. Kita sedang siasat (menjejaki pihak yang menyebar dakwaan itu). Kita sedang siasat daripada mana punca berita ini disebarkan, siapa sebarkan berita palsu ini. “Saya boleh sahkan bahawa kes pembunuhan itu tiada kaitan dengan isu 1MDB. Tiada kaitan langsung. Kita tahu apa sebab kes pembunuhan itu berlaku. Pembunuhnya juga sudah dihukum,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri, di ruang legar Stesen KL Sentral, hari ini. Ditanya sama ada polis akan menangkap Tun Dr Mahathir Mohamed berikutan ada saranan pihak tertentu kononnya kritikan bekas Perdana Menteri menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan, Khalid menjelaskan tiada keperluan untuk pihaknya berbuat demikian. “Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir. Pada saya itu saranan nakal. Saya pun tak tahu apa punya saranan. Ada orang yang menyarankan saya menangkap orang itu dan orang ini. Saya tak perlu layan saranan-saranan sebegitu,” katanya. Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah meminta supaya pihak polis menahan Dr Mahathir ekoran kritikan berterusannya terhadap Najib.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.