Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Pemeriksaan Teknikal Di Bawah Prosedur Kehakiman Bagi Flaperon

Kongsi maklumat ini
Tags

1 KP JCAPutrajaya – Pemeriksaan teknikal akan dijalankan di bawah kerangka prosedur kehakiman dan siasatan teknikal antarabangsa bersama untuk memeriksa serpihan flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui apabila pegawai dari Malaysia bersama dengan pegawai dari Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) menemui hakim penyiasat di Paris pada 3 Ogos dalam satu mesyuarat penyelarasan.

Mesyuarat penyelarasan ialah untuk membincangkan prosedur pemeriksaan dan pengesahan sebelum membuat pemeriksaan ke atas flaperon yang dijadualkan pada Rabu ini di Toulouse, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

“Mesyuarat bersifat informasi dan berhasil dan Malaysia menghargai sepenuhnya kerjasama yang diberikan dalam hal ini,” kata Azharuddin, yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Peringkat Tinggi MH370.

Flaperon itu telah dipindahkan ke Toulouse, Perancis pada 1 Ogos di bawah rangka kerja siasatan kehakiman Perancis yang diketuai oleh hakim penyiasat, M. Alain Gaudino untuk pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan keasalan serpihan berkenaan.

Pada 29 Julai, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai flaperon dijumpai di Pulau Reunion dan ia dipercayai daripada pesawat Boeing 777, lantas meniupkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.