Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Pemilik premis Ampang Park dibenar cabar keputusan ambil tanah projek MRT

Kongsi maklumat ini
Tags

metd_na_1410_pg2_admall_niklasalbakri_1KUALA LUMPUR: Seramai 39 pemilik premis perniagaan di pusat beli-belah Ampang Park hari ini mendapat kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan dan tiga pihak lagi yang meluluskan pengambilan tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam Jason Ng Kau dan Datuk Edward Ng Boon Siong, mewakili kesemua pemilik premis perniagaan berkenaan selaku pemohon.

Jason memberitahu pemberita: “Mahkamah turut mengeluarkan perintah sementara sehingga 29 Feb kepada pentadbir-pentadbir tanah daripada mengambil tanah atau mengeluarkan sebarang award terhadapnya,” katanya, sambil menambah mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama untuk pengurusan kes.

Pada 8 Jan lepas, pemohon yang juga pemilik strata terbabit memfailkan permohonan dengan menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Pentadbir Tanah WPKL sebagai responden.

Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mereka juga memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi satu perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan tersebut.

Kesemua pemohon turut meminta prosiding bagi tanah itu termasuk keputusan dan award untuk pengambilan tanah digantung serta-merta sehingga semakan kehakiman selesai.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.