Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

Pemilik Saham Penentu Kejayaan Kerjasama FGV-EHP

Kongsi maklumat ini
Tags

FB_IMG_1434112906724Putrajaya – Pemilik saham Felda Global Ventures Bhd (FGV) adalah penentu kejayaan berhubung rancangan syarikat itu untuk bekerjasama dengan syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantation (EHP).

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata “Pada akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan, Tetapi fikirlah secara waras dan rasional”.

“Jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil,” Beliau berkat ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda di sini.

Dato’ Seri Najib juga mengingatkan bahawa kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan peluang keemasan akan terlepas dan mungkin tidak akan boleh didapati lagi pada masa akan datang.

“Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti secara terperinci rancangan kerjasama antara FGV dengan EHP itu dan mahu satu formula yang menguntungkan kedua-dua pihak diwujudkan.

“Saya yakin dan percaya kalau dapat satu formula yang menguntungkan, maka FGV dan masyarakat Felda boleh mengaut keuntungan yang besar”.

Beliau juga berjanji untuk terus mengubah kualiti hidup masyarakat Felda oleh itu penerokaan dan pasaran mengjangkaui sempadan negara adalah amat perlu dan diperluaskan.

Di maklumkan FGV akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai US$67 juta.

Sementara pada Jun. lalu, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan dalam EHP pada harga US$680 juta dalam bentuk tunai dan saham dan ini akan menyaksikan Rajawali Group memiliki 2.6 peratus asas saham FGV yang diperbesarkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.