Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

Pemimpin BN perlu lengkapkan diri dengan ilmu tangani isu politik

Kongsi maklumat ini
Tags

PK18_050815_ZAHID HAMIDIIPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani isu politik dan perkembangan teknologi semasa. Timbalan Perdana Menteri menegaskan hanya dengan penguasaan ilmu sahaja yang membolehkan mereka terus berada di barisan hadapan dan tidak mudah tertipu dengan gelombang media sosial. “Dalam media sosial, semua orang boleh jadi wartawan dan anggap mereka sahaja yang betul, justeru perlu ada ilmu (supaya tidak ditipu maklumat dalam media sosial),” katanya berucap pada Majlis Bersama YAB TPM di kediaman rasmi Menteri Besar Perak semalam.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong. Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan pemimpin supaya tidak mudah menuding jari kepada pihak lain jika ada sesuatu kesalahan. Beliau juga mengingatkan mereka supaya jangan terlalu gembira dengan kesedihan orang lain, sebaliknya perlu sentiasa istiqamah dan tawaduk dengan jawatan diberi dengan izin dan takdir Allah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.