Kiriman pada: Fri, Jan 8th, 2016

Pemimpin Pembangkang Bengap Matematik?

Kongsi maklumat ini
Tags

Pembangkang hanya boleh cemburu dengan tindakan kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi seperti kejatuhan harga minyak dan kesan daripada kejatuhan ekonomi negara-negara kuasa besar.

Apa yang pembangkang boleh buat pun selain mencari salah, menabur fitnah keburukan padahal sikit pun tidak membantu.

Sudah-sudahlah bersandiwara kononnya sayang kepada negara. Alih-alih isu GST, harga minyak sehingga berbuih mulut bercakap benda yang sama sahaja?

Barangkali mereka sebenarnya cemburu melihat kepada segala mekanisme kerajaan. Walhal dari pihak pembangkang sendiri mengakui GST adalah perlu tetapi seboleh-boleh menidakkannya.

Terikut-ikut sangat dengan keupayaan kerajaan negara luar, kerajaan sendiri dipandang enteng.

Setidak-tidaknya negara melaksanakan GST ikut cara sendiri, boleh dilihat dari peratus kutipan hanya 6 peratus berbanding negara luar yang lebih tinggi. Jadi kalau pembangkang lah yang laksana GST, sudah tentu lebih tinggi kerana mahu ikut sangat cara negara luar.

Tidak ada idea yang lebih baik dari itu maka timbul lah idea tidak relevan sekadar untuk meraih sokongan. Gigih membuat video, kira itu ini, terang sana sini bagai matematik itu terlalu mudah. Tidak difikir pula yang bekerja siang malam tidur mungkin tiga atau empat jam semata-mata untuk mencari ‘jalan kira’ dan jawapan terbaik kepada negara.

Pembangkang mungkin hanya tahu formula, itu pun mungkin sudah diceduk, jalan kira yang mudah, jadi bagaimana untuk tahu jawapan yang tepat sedangkan tidak tahu menahu liku-liku perkiraannya? Jika diandaikan, mereka mungkin gagal kerana tidak paham soalan matematik.

Oleh itu dari situ boleh dilihat pembangkang hanya tahu jalan mudah. Mereka hanya tahu ‘bersastera dan berseni’ tetapi tidak seimbang keupayaan ‘matemaik’. Kesimpulannya, adalah sebab itu mereka tidak boleh menang mudah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.