Kiriman pada: Tue, Nov 17th, 2015

Pemimpin-pemimpin Dunia Berhimpun Di KL Untuk Mesyuarat ASEAN

Kongsi maklumat ini
Tags

2a1bc406-5f67-4768-840b-d73d8a50d15eKuala Lumpur – Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Malaysia menjadi hos bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Berkaitan minggu ini.

Banyak perkara akan dibincangkan semasa pemimpin-pemimpin serantau, dan rakan sejawatan mereka dari kumpulan dialog ASEAN, bermesyuarat di ibu negara Malaysia dari 18 hingga 22 Nov, dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Utama dalam agenda ialah kelahiran Komuniti ASEAN pada 31 Dis, 2015, satu peristiwa besar dalam sejarah pertubuhan berusia 48 tahun itu yang akan dicatatkan di Kuala Lumpur menerusi upacara menandatangani satu deklarasi oleh pemimpin-pemimpin rantau berkenaan.

Mereka juga dijangka mengeluarkan satu lagi dokumen yang merangka haluan ke hadapan bagi Komuniti ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang hingga 2025.

Kumpulan 10-negara itu dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.