Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Pemimpin Perlu Memiliki Sifat Berani.

Kongsi maklumat ini
Tags

irwanKuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini amat melucukan. Tidak takut kehilangan jawatan atas mempertahankan SPRM berikutan isu 1MDB.

“Setakat bersuara lantang dan beri kenyataan sesiapa pun boleh buat. Bercakap soal perjuangan, kita harus ikhlas dalam mengambil tindakan. Jangan asyik bercakap walhal tidak nampak apa pun hasilnya” ini di nyatakan oleh Ketua Wira Perkasa Saudara Irwan Fahmi Idris kepada media sebentar tadi.

Ketua Wira Perkasa itu menegaskan “Pemimpin muda seperti dia harus jadikan dirinya contoh kepada masyarakat. Jika dia benar berani, lakukanlah apa sahaja demi menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mayhuddin Yassin. Menyuarakan kebenaran hingga dipecat”.

Irwan berpendapat untuk menjadi seorang pemimpin sesaorang itu perlu ada sifat berani dan tegas.

“Tidak berpura-pura seperti ini dalam menyatakan kebenaran. Lakukan dan buktikan sesuatu dari kenyataan tersebut. Jika tidak sokong, nyatakan saja. Apa yang nak dikhuatir kan? Nyatakan dengan jelas.

“Jika kenyataan seperti ini lebih baik dia berdiam diri saja. Kenyataan ini seperti sekadar mencuba untuk “mencabut misai harimau” namun akhirnya hanya berani melihat sahaja tanpa berbuat apa.

Saudara Irwan seterusnya menegaskan bahawa pemimpin harus berani dan tidak takut untuk bekorban dan tekorban.

“Kerana akhirnya kita tetap akan pergi dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada generasi seterusnya. Ingatlah “cinta kita tak cakap, tapi kita buat”. Barulah gerak sebagai pemimpin jelas dan sempurna.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.