Kiriman pada: Fri, Jan 2nd, 2015

Pemuda dan Puteri Umno Rembau serta Manis Bekerjasama Dalam Misi Menghantar Bantuan

Kongsi maklumat ini
Tags

BANTUAN BANJIRRembau – Sejumlah 35 sukarelawan gabungan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau serta Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) bekerjasama dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di negeri terjejas banjir.

Ketua Puteri Umno negeri, Zuliana Mohd Ridzuan berkata misi itu melibatkan enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah lori dan sebuah bas.

“Barangan bantuan yang dibawa seperti makanan asas, pakaian, telekung, sejadah, air mineral dan lampin bayi serta dewasa diangkut dengan dua buah lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata barangan bantuan yang disumbangkan anggota Manis itu mula dikumpul sejak Sabtu lepas.

Misi meliputi Pekan, Pahang; dan Kemaman, Terengganu ini dijangka mengambil masa dua hari dan Zuliana berharap ia dapat meringankan bebanan mangsa banjir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.