Kiriman pada: Thu, Mar 26th, 2015

Pemuda Pas Perak Bersedia Putuskan Hubungan Politik Dengan Dapsy

Kongsi maklumat ini
Tags

pas vs dap copyIPOH – Pemuda Pas Perak bersedia memutuskan hubungan politik dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) sekiranya kemelut antara dua pihak itu tidak diselesaikan dalam jangka masa terdekat.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, perkara berkenaan ditegaskan berikutan Dapsy Perak akur dengan arahan Dapsy Pusat yang menggesa pembekuan kerjasama politik bersama Pemuda Pas dibuat secara menyeluruh di peringkat negeri.

“Sejujurnya kami terkejut dengan keputusan Dapsy Perak yang dilihat melulu tanpa mengambil kira hubungan baik tang telah terjalin selama ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Perak.

Menurutnya, alasan pembentangan enakmen hudud oleh Pas di sidang Dun Kelantan yang digunakan Dapsy Perak bagi membekukan hubungan itu dilihat dangkal dan tidak menghormati perbezaan dalam PR.

“Hudud telah termaktub dalam perlembagaan dan diperjuangkan Pas sebelum terbentuknya PR.

“Selain itu, hudud juga merupakan perkara yang bertunjangkan konsep bersetuju di atas perkara ang tidak dipersetujui ,” katanya.

Beliau berkata, keputusan yang telah diambil oleh Pemuda Pas itu juga akan dibincangkan dalam Muktamar Pemuda Pas Perak pada 17 Mei depan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.