Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Pemuda, Puteri Umno Perlu Aktif Tangkis Fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

hmdfhdmIPOH – Pemuda dan Puteri Umno perlu sentiasa aktif menggunakan media sosial untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang sering disebarkan pembangkang terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainudin berkata, tujuan dan matlamat pembangkang semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan BN yang selama ini berusaha keras membangunkan negara.

“Saya lihat bila ada beberapa isu dalam kerajaan BN, tidak sampai 24 jam sudah keluar bermacam-macam (spekulasi) dalam media sosial.

“Bagaimanapun apabila masalah yang dibangkitkan seperti di Selangor iaitu isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group, tidak banyak pun yang dibangkitkan dalam media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tambun di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendakwa pembangkang sering memutar belit fakta kerana mahu merosakkan pemikiran rakyat yang menyokong kerajaan BN.

Sehubungan itu, Hamzah berkata anggota kedua-dua sayap itu perlu ‘melawan’ fitnah dan tohmahan pembangkang secara betul dan berhemah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.