Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Pemuda UMNO Pahang Zahir Taat Setia Kepada Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

*Mohd Shahar Abdullah

*Mohd Shahar Abdullah

Kuala Lumpur – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menyahut seruan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus istiqamah dalam perjuangan UMNO dengan penuh kesetiaan dan ketaatan tanpa syarat.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata, Najib merupakan tunjang kepimpinan UMNO kini berjuang agar nasib anak bangsa kita terus dijaga serta dipertahankan.

Dalam satu kenyataan media, Shahar menegaskan bahawa Pemuda UMNO Pahang menzahirkan sokongan tanpa syarat kepada Najib agar terus mengepalai kepimpinan UMNO sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Shahar, sikap berani, gentleman dan berjiwa besar Najib semasa menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2015 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi Khamis telah menyerlahkan lagi ketokohan Perdana Menteri.

“Beliau (Najib) menampilkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang memiliki hikmah yang tinggi dan tidak mudah melatah dengan ujian serta provokasi yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ” tambah Shahar.

Dalam pada itu, Shahar mengutuk dan menyelar perbuatan khianat sesetengah ahli UMNO termasuklah segelintir pemimpin dan bekas pemimpin yang merancang untuk mengulingkan kepimpinan sedia ada secara tidak demokratik.

“Janganlah kita cuba menjadi si kitol dan Musang berbulu UMNO yang hadir dalam arus perjuangan UMNO dengan niat yang jahat untuk menjahanamkan parti keramat Melayu ini dek kerana gila kuasa, ” tambah beliau

Shahar juga menyeru agar semua perwakilan UMNO khususnya perwakilan Pemuda UMNO Pahang agar menjadikan perhimpunan ini sebagai wadah musyawarah bagi menyerlah tamadun bangsa Melayu, mempertahankan syiar Islam dan kedaulatan negara.

“Kitalah Pemuda UMNO yang dipertanggungjawab untuk mengalas harapan untung nasib keturunan kita. Ayuh kita teruskan perjuangan ini dengan gagah berani untuk berbakti demi Islam, Melayu dan Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.