Kiriman pada: Sun, Jan 8th, 2017

Pemuda UMNO Turun Padang Hulur Bantuan

Kongsi maklumat ini
Tags

Pasir Putih – Pergerakan Pemuda UMNO tidak ketinggalan turut sama turun padang menyalurkan pelbagai bantuan, selain menyediakan khidmat sosial kepada mangsa banjir.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata pihaknya tampil menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas di beberapa jajahan yang terjejas teruk dilanda banjir, terutama di Kelantan dan Terengganu.

“Seramai 150 mangsa banjir yang kebanyakannya tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir menerima sumbangan bernilai kira-kira RM100 bagi setiap keluarga hari ini.

“Pelbagai usaha dilakukan Pergerakan Pemuda UMNO dalam membantu mangsa banjir, termasuk membersihkan sekolah, masjid atau rumah mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bukit Abal, Selising, di sini, hari ini.

Pada masa sama, pihaknya turut memberi sokongan moral kepada mangsa yang berduka berikutan kediaman dinaiki air, selain mengalami kerugian harta benda.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.