Kiriman pada: Wed, Apr 15th, 2015

Pemusnahan Warisan Budaya Suatu Yang Mendukacitakan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINParis – Warisan budaya yang semakin banyak dimusnahkan akibat pergolakan sosial, agama dan kebudayaan dalam sesetengah masyarakat, mendapat teguran Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berjanji Malaysia akan terus membela usaha melindungi dan menambah warisan budaya.

Timbalan perdana menteri berkata ini selaras dengan keutamaan yang terus diberikan terhadap perkara ini dalam agenda Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Dalam kita berusaha untuk memulihara dan berkongsi kekayaan budaya di seluruh dunia, kita melihat dengan perasaan amat sedih dan memualkan pemusnahan yang tidak sepatutnya terhadap lukisan, artifak dan dokumen yang merupakan sebahagian daripada sejarah, identiti dan ketamadunan kolektif kita,” katanya.

Muhyiddin, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Paris, berkata demikian dalam ucapannya pada Pertunjukan Gala Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia yang diadakan di ibu pejabat UNESCO di Place de Fontenoy.

Majlis itu dianjurkan bersempena pembukan rasmi pameran Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia oleh Muhyiddin sebelum itu, satu acara yang diadakan untuk mempamerkan warisan Malaysia dan melonjakkan profil negara dalam usaha Malaysia untuk menduduki Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh 2015-2019.

Pameran dari 14 hingga 16 April itu menonjolkan kecantikan dan keistimewaan batik, jahitan manik, anyaman, makanan warisan, ukiran kayu Mah Meri, wayang kulit, adat dan budaya, tenunan dan permainan tradisional Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.