Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

Penarafan Fitch Ratings Beri Manfaat Kepada Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPekan – Pengumuman agensi antarabangsa Fitch Ratings Inc. yang memberi prospek stabil kepada Malaysia berbanding negatif sebelum ini membantu meningkatkan pendapatan negara sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mungkin rakyat tidak menyedari kesan penarafan tersebut kepada mereka dan ekonomi negara khasnya.

“Kesannya ialah apabila penarafannya baik, ekonomi juga akan lebih kukuh, hasil serta pendapatan negara juga bertambah.

“Apabila ia bertambah maka lebih mudah untuk kerajaan melaksanakan projek pembangunan dengan lebih pesat dan menyeluruh ke setiap pelusuk negara,” katanya.

Datuk Seri Najib berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada warga emas di Masjid Kg Merchong, di sini Sabtu.

Fitch Ratings pada Rabu lalu menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan tentang kegawatan ekonomi negara sebelum ini.

Beliau berkata, pengiktirafan itu menunjukkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional berjaya membawa ekonomi negara di landasan yang betul.

Katanya penarafan itu tidak akan diperoleh jika urus tadbir negara lemah.

Najib kemudian turut menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat sunat hajat mendoakan kesejahteraan kepimpinan Perdana Menteri, bersama lebih 500 penduduk Kampung Merchong.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.