Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Pendapatan Lumayan Hasil Ternakan Puyuh

Kongsi maklumat ini
Tags

dghdhtSimunjan – Ketika Rizqi Barakah Agro Ternak mula beroperasi sekitar tahun 2011, ladang bersepadu berkenaan menumpukan kepada penternakan kambing boer dan burung walit.

Namun sejak sembilan bulan lalu suasana di ladang seluas 1.6 hektar di Kampung Pantong Melayu, dekat sini semakin ‘meriah’ dengan 7,000 ekor puyuh, dan 2,700 induk puyuh, projek terbaru ladang itu.

Pemilik ladang, Syazwina Sheela Zainul Abidin, 30, berkata beliau sentiasa mencari peluang terbaik untuk memanfaatkan potensi ladang yang boleh memberi pendapatan berterusan.

Kini usahawan tani muda ini sudah boleh berbangga apabila menjadi antara pembekal utama telur dan daging puyuh di negeri ini.

Syazwina berkata ladang berkenaan menternak puyuh baka Institut Kemahiran Ternakan Ayam (IKTA) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

Katanya selain cepat membesar untuk tempoh 24 hingga 25 hari penternakan, tekstur daging baka IKTA lebih lembut.

“Daging puyuh bersih yang sudah siap dibuang organ dijual pada harga RM22 sekilogram dan kami berupaya memasarkan kira-kira 400 kilogram sebulan

“Telur puyuh 1set (15 biji) dijual pada harga RM4 satu set,” katanya kepada Bernama.

Rizqi Barakah Agro Ternak, syarikat 100 peratus milik Bumiputera kini mempunyai ejen pemasaran di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Miri serta di Kuala Lumpur.

Syazwina berkata dia menceburi bidang perternakan puyuh selepas dicadangkan oleh seorang rakan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.