Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Pendapatan Petronas Dijangka Meningkat

Kongsi maklumat ini
Tags

FUEL PRICE_RON95Kuala Lumpur – Moody’s Investors Service mengunjur pendapatan Petronas akan meningkat pada 2016 seiring dengan jangkaan harga minyak naik.

Dalam notanya, agensi penarafan kredit itu berkata ia menjangka harga minyak akan meningkat pada AS$65 setong berbanding AS$55 setong tahun ini.

“Jangkaan pendapatan itu, kami dasarkan kepada andaian Petronas akan meningkatkan sejumlah kecil pengeluarannya dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Moody’s berkata syarikat minyak dan gas nasional itu akan kekal dalam kedudukan yang baik pada paras penarafan semasa “A1 Stabil”, terutamanya disokong oleh mudah tunainya yang kukuh.

“Petronas mempunyai leveraj yang rendah, baki tunai yang banyak dan kematangan hutang terkawal di mana sehingga 31 Dis, 2014, tunai dan bersamaan tunainya berjumlah RM136.2 bilion berbanding jumlah lembaran imbangan hutang sebanyak RM36.8 bilion.

“Metrik kewangan Petronas masih kukuh disebabkan oleh keuntungannya lebih tinggi berpunca daripada kos pengeluaran lebih rendah dan profil kewangannya yang konservatif,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.