Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Pendekatan lebih komprehensif perangi keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ahmad_Zahid_Hamidi.transformed_0.transformed_2KUALA LUMPUR: Pendekatan lebih komprehensif dan baharu perlu dilaksanakan dalam usaha memerangi aktiviti keganasan serta radikal yang sering berubah mengikut peredaran masa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia sendiri sudah melaksanakan pelbagai langkah dalam menangani isu berkenaan termasuk memperketatkan lagi undang-undang serta menjalankan operasi penguatkuasaan dengan lebih meluas.

“Kejadian serangan pengganas di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini memerlukan kita supaya melakukan perubahan segera dalam usaha memerangi ekstremisme keganasan lebih-lebih lagi taktik dan aktiviti mereka (keganasan) sering berubah-ubah.

“Sudah tiba masa kita meningkatkan lagi kerjasama dan keberkesanan program deradikalisasi serta rehabilitasi ke arah yang lebih dinamik selain memastikan keadah memerangi aktiviti pengganas dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi Dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.