Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Pendirian McDonald’s Malaysia.

Kongsi maklumat ini
Tags

loveitTindakan didalam sesuatu perkara haruslah kena pada sasarannya yang sebenar dan bukannya sahingga medatangkan kesan kepada diri dan negara sendiri.

Seperti mana kumpulan yang menganjurkan kempen boikot terutamanya terhadap produk dari Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan restoran Keluarga McDonald’s yang dikatakan menyokong gerakan tentera zionis, sedangkan mereka tidak mampu membuktikannya.

Duta Palestin ke Malaysia juga melarang kempen memboikot McDonald’s ini kerana sukar untu membuktikan kaitan MaDonald’s dengan Israel, sebenarnya mereka hanya bertindak atas dasar dengar cakap dan ikut-ikut sahaja tanpa boleh membuktikan.

*Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha

*Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha

Sepatutnya rakyat Malaysia perlu bertindak dengan lebih bijak dalam memilih barangan atau produk yang hendak diboikot dan mensasarkan pada sasaran yang benar-benar boleh mendatangkan kesan pada Israel secara terus bukan main ikut-ikut dan tanpa membuat kajian yang mendalam.

Kerana kesan yang di terima akan terpalit kepada rakyat malaysia juga akhirnya terutama saudara-mara kita yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan seperti Restoran Keluarga McDonald’s ini.

Bila ada kumpulan mencadangkan boikot kita pun terikut-ikut tanpa kita lihat sama ada ia dari kumpulan majoriti atau minoriti juga tidak memikirkan apakah tindak kumpulan itu adalah tindakan yang rasional.

Begitu juga dengan tindakan segelintir pemboikot yang bertindak mengangu serta mengancam keselamatan pekerja adalah tidak adil kerana mereka hanya mencari nafkah, malah bukan semua rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakkan yang melanggar batasan tatasusila sebagai manusia berakal.

Adalah lebih baik jika mereka yang mengajurkan kempen boikot Restoran Keluarga McDonald’s ini membuat kempen dan melahirkan kemarahan dengan kerajaan Amerika Syarikat yang meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.

Daripada mereka terus membuat tomahan kearah McDonald’s sama ada melalui media sosial atau kempen di kedai kopi, janganlah buang masa dengan memerah darah dari daging saudara kita sendiri.

Yang jelas disini ialah McDonald’s Malaysia tidak sama sekali terbabit atau menyokong mana-mana kegiatan keganasan atau penindasan bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

*Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel

*Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.