Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Penduduk enggan terima mayat penyerang

Kongsi maklumat ini
Tags

epa_reuters.jpg.transformedJakarta: Penduduk sebuah kampung tidak bersetuju mayat seorang penyerang di Jakarta minggu lalu, dikebumikan di kampung itu.
Menurut laporan, penyerang berkenaan dikenali sebagai Ahmad Muazan melakukan serangan bom bersama empat lagi menyebabkan tiga orang awam mati dan semua penyerang maut dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka meletupkan diri masing-masing.
“Penduduk kampung ini amat bertolak ansur dan mahukan keamanan, bukan pelampau apatah lagi membunuh. Apa yang (Ahmad Muazan) lakukan mencemarkan nama baik Islam,” kata penduduk Kampung Kedungwungu di Jawa Barat.
Ketua kampung itu kini sedang berunding dengan penduduk serta keluarga penyerang berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.