Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Penduduk Tawau Turut Rasai Gegaran Gempa Di Kalimantan

Kongsi maklumat ini
Tags

cgjdTawau – Penduduk daerah ini turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat pada skala 6.0 Richter yang berpusat di Tarakan, Indonesia, kira-kira 96 kilometer barat daya Tawau, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak panggilan sejurus gegaran gempa bumi itu.

“Lapan anggota bersama dua jentera membuat pemantauan dan rondaan namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan tiada laporan kerosakan atau kematian di Indonesia susulan gempa bumi berkenaan.

USGS berkata, gempa bumi itu melanda kawasan timur laut Kalimantan, Indonesia, kira-kira 34 kilometer utara bandar Tarakan pada kedalaman 22 kilometer.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.