Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

Penembak Tiada Dalam Senarai Penumpang Dari Kanada

Kongsi maklumat ini
Tags

Ottawa – Suspek lelaki yang disyaki menembak mati lima orang di lapangan terbang Fort Lauderdale awal pagi tadi tidak mengambil penerbangan dari Kanada dan tiada dalam senarai penumpang penerbangan dari Kanada, kata jurucakap kedutaan Kanada di Washington.

“Tiada kaitan dengan Kanada,” kata Christine Constantin. Memetik kenyataan pegawai Amerika Syarikat, beliau berkata suspek terbang dari Anchorage, Alaska ke Fort Lauderdale menerusi Minneapolis, Minnesota.

Penguat kuasa undang-undang Florida sebelum itu dilaporkan berkata, suspek berada dalam penerbangan dari Kanada.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki menembak secara rambang di kawasan tuntutan bagasi di lapangan terbang Fort Lauderdale, menyebabkan lima orang terkorban dan lapan lain cedera sebelum dia ditahan. – Agensi

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.