Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Penerangan TPPA- Usaha MITI Disambut Baik

Kongsi maklumat ini
Tags

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid


“Bengkel seperti ini harus diteruskan memandangkan ianya amat penting bagi memberi penerangan dalam konteks mudah faham mengenai perjanjian ini. ”

Ini lah komen dari Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid apabila mengulas usaha MITI yang menganjurkan bengkel penerangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi persiapan kepada wakil rakyat menjawab hujah yang menjadi kerisauan sesetengah pihak.

Datuk Ehsan berkata pembangkang sering mengelirukan rakyat kononnya negara ini akan tergadai kepada desakkan ekonomi Amerika Syarikat.

Sahingga kini selain negara kita Malaysia, negar jira seperti Thailand dan Filipina juga telah menyatakan berminat untuk menyertai perjanjian ini.

“Bengkel ini membolehkan isu-isu dirungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara”

TPP bakal melonjakkan input modal dan teknologi negara serta menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara kita. Namun apa sahaja usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan pasti mendapat tentangan hebat daripada pakatan pembangkang.

Diharapkan dengan penerangan yang dibuat oleh MITI, ianya akan memberi keyakinan bahawa kerajaan akan dapat menangani kebimbangan rakyat seperti yang dilakukan ke atas isu-isu utama lain.

Selain membawa gelombang inovasi dan kreativiti yang Malaysia perlukan bagi memastikan negara ini mampu meningkatkan kedudukan ekonomi dan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

TPP juga diharap akan memacu Malaysia menjadi 10 negara utama (negara dagang terbesar) menjelang 2025, dan mewujudkan kekayaan dan pekerjaan untuk manfaat rakyat Malaysia, malah meletakkan negara sebagai peneraju inovasi dan kecanggihan teknologi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.