Kiriman pada: Tue, Nov 1st, 2016

Penetapan Harga Jualan Minyak Masak

Kongsi maklumat ini
Tags

penetapanBerikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 dan ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016.

Untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran sekali gus kerajaan dapat mengelak daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan atau penyeludupan.

Sebagai makluman kepada pengguna, harga jualan minyak masak bukan bersubsidi (dalam botol) tidak ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut serta bergantung kepada harga pasaran minyak sawit.

Namun, penetapan harga jualan minyak masak bukan bersubsidi masih tertakluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan yang berlebihan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.