Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Pengajaran Krisis Greece

Kongsi maklumat ini
Tags

10Krisis ekonomi Greece meruncing. Kegagalan membayar hutang 6.56 bilion Ringgit kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti dijadualkan meletakkan negara itu dalam keadaan bankrap.

Kini Greece menguatkuasakan kawalan modal dengan menutup bank-bank negara itu dan hanya membenarkan rakyatnya mengeluarkan 60 Euro sehari dari mesin pengeluar automatik (ATM) dalam usaha melindungi sistem kenwangan negara berkenaan.

Langkah itu dibuat susulan daripada kegagalan negara itu mendapatkan bantuan kewangan baru dari pelbagai pihak sedangkan Greece perlu melunaskan hutangnya. Perkembangan krisis hutang Greece ini di pantau dunia ia sudah tentu akan memberi kesan kepada sistem kewangan dunia yang sebelum ini terjejas akibat krisis hutang di Eropah.

Lantaran itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mustaffa Muhamed berharap krisis ekonomi negara tersebut tidak merebak ke Asia sahingga menjejaskan Malaysia dan rantau ini sekalipun negara terbabit keluar daripada kesatuan Eropah.

Bagaimana pun Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Asing Hwang Investment Bank Dato Dr Nazri Khan yakin kesan ke atas Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan lansung kepada Greece kurang daripada 5% dari jumlah perdagangan.

Malah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata krisis kewangan greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia, Namun perkembangan di Greece dalam tempoh sehari dua ini akan tetap di pantau.

Banyak yang boleh di ambil iktibar dari krisis ekonomi Greece, Pendekatan popular untuk menyenangkan rakyat sahingga bermewah dengan hutang adalah satu kesilapan rakyat yang telah biasa hidup mewah sukar menerima hakikat sebenarnya yang negara menanggung beban hutang yang tinggi.

Mereka tidak sedar kemewahan yang di nikmati tersebut semuanya dari hutang, Namun kerajaan juga sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan tentang hakikat sebenar hutang negara.

Sehubungan itu apabila ada kerajaan yang awal awal lagi mengaku kedudukan kewangan yang tidak kukuh rakyat seharusnya menerima hakikat berkenaan, Apabila kerajaan melaksanakan langkah dengan kekangan tertentu rakyat juga perlu sedar bahawa ada ketikanya mereka perlu berkorban sedikit untuk menikmati kesenangan berpanjangan.

Dalam keadaan yang tidak stabil pasti yang akan mengambil kesempatan, Ada yang cuba menyalakan kemarahan rakyat. Di Greece banyak yang terperangkap dengan permainan itu dan menimbulkan huru-hara. Hakikatnya ia tidak menyelesaikan masaalah yang timbul, tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

Ambil iktibar daripadanya susah mahu pun senang kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu mengeluarkan negara dari permasalah dan bersama-sama berusaha memajukan negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.