Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Pengamal Media Tunggu Han-Sol Di HKL

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Lebih 50 pengamal media dari dalam dan luar negara ‘berkampung’ di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, malam tadi.

Ini susulan berita mengatakan anak lelaki warga Korea, Kim Jong-nam yang dipercayai dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu, akan tiba di ibu negara untuk proses mengecam dan tuntutan mayat bapanya.

Difahamkan, anak lelaki Jong-nam dikenali sebagai Kim Han-sol, 21, tiba di klia2 dengan penerbangan AirAsia malam ini.

Kira-kira 20 pengamal media mula berkumpul di hadapan IPFN sejak lewat petang tadi dan sehingga jam 9 malam tadi, jumlah mereka semakin bertambah kepada lebih 50 orang.

IPFN menjadi tumpuan media berikutan proses bedah siasat Jong-nam yang juga abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-un, dijalankan di institut itu.

Bagaimanapun, media hanya dibenarkan berada di depan IPFN dan kawasan berkenaan dikawal rapi oleh anggota polis bantuan.

Setakat jam 11 malam, belum ada mana-mana pihak berkaitan termasuk Han-sol muncul di IPFN.

Sebelum ini, pihak polis memberi tempoh dua minggu kepada waris atau ahli keluarga Jong-nam untuk tampil membuat pengecaman dan tuntutan mayat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.