Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Pengambilan pekerja asing ditangguhkan berkuatkuasa serta-merta

Kongsi maklumat ini
Tags

Assam-Riots-affect-villagersKOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja pekerja asing berkuatkuasa serta merta.

Katanya, penangguhan itu termasuk pengambilan pekerja dari Bangladesh.

Ahmad Zahid berkata, majikan yang ingin menggaji pekerja hendaklah mencari pekerja tempatan untuk bekerja di syarikat mereka.

“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh,” katanya

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga menyeru semua majikan harus mengambil semua pekerja tempatan sebagai pekerja mereka.
“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan majlis mesra Timbalan Perdana Menteri bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di sini, hari ini

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.