Kiriman pada: Sat, Jan 28th, 2017

Pengampunan Anwar – Saiful Harus Memikirkan Kesengsaraannya

Kongsi maklumat ini
Tags

Tersebar akan kenyataan Saiful Bukhari Azlan mangsa liwat oleh Anwar Ibrahim bekas bossnya sendiri, bahawa ada didatangi oleh sesaorang yang mendakwa mewakili keluarga Anwar Ibrahim yang bermukadimahnya mahu berbaik semula setelah sekian lama berpaling muka,

Tetapi diakhir pertemuan maka sedarlah Saiful bahawa kedatangan orang tersebut adalah sedakar mahu beliau memohon keampunan daripada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mengampunkan hukuman Anwar Ibrahim yang kini masih di penjara kerana kesalahan meliwat dirinya dahulu.

Kehadiran sahabat ini sebenarnya bertujuan mahu memohon agar Saiful membuat permohonan kepada Seri Paduka Baginda bagi pengampunan kesalahan Anwar yang kini sudah menjalani hukuman penjara 2 tahun di penjara Sungai Buluh.

Mungkin boleh sahaja Saiful memaafkan bekas boss nya dahulu, tetapi untuk memanjangkannya kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, seharusnya perlu difikirkan semasak-masaknya, kerana perkara yang berlaku telah mengaibkan bukan sahaja dirinya, keluarga dan orang sekeliling malah turut melibatkan berjuta rakyat Malaysia.

Saiful harus sedar bahawa kes liwatnya mendapat liputan meluas dan perkara cukup mengaibkan dirinya, Saiful harus memikirkan kesan trauma yang dihadapinya apatah lagi caci maki dari penyokong Anwar yang tidak satu pun terlepas dari pendengaran, pelbagai kehinaan yang beliau hadapi menjadikan dirinya benar-benar berada dilembah kehinaan dimata masyrakat.

Bukan itu sahaja, ianya turut melibatkan kerajaan dan parti UMNO yang dipalitkan dengan hal-hal peribadi mereka berdua ia ini antara pekerja pembancuh kopi dan bossnya, kerana dikatakan sebagai dalang disebalik perbuatan keji bekas bossnya.

Saiful juga harus sedar bahawa akibat dari perbuatan bekas bossnya dan tindakannya mendedahkan salah laku perbuatan tersebut negara mengalami kemurungan hampir 6 tahun selama kes ini di bicarakan di mahkamah, dan selama itulah dirinya di hentam, dimaki, dihina dan nista.

Jika perkara ini adalah perkara enteng kepada Saiful maka sedarlah kita bahawa memang Saiful sebenarnya suka kepada perbuatan tersebut, tetapi mungkin kerana sesuatu tuntutan yang tidak tercapai maka Saiful telah melakukan perbuatan khianat dengan mendedahkan perbuatan sumbang bekas bossnya kepada masyarakat umum.

Selama enam tahun, Saiful bergeluman dengan penghinaan, penderitaan, cemohan dan akhirnya kebenaran berpihak kepada dirinya, tetapi jika dengan mudah mahu memaafkan Anwar itu adalah sesuatu perkara bodoh kedua yang pernah dilakukan oleh Saiful selain membenarkan dirinya di liwat.

Selain dirinya Saiful juga perlu memikirkan perjuangan rakan-rakan dan mereka yang mempercayai serta menyokong dirinya selama kes di bicarakan mahupun selepas Anwar dipenjarakan, Saiful seharusnya mengenang jasa baik dan sokongan mereka dalam perkara ini jangan mudah tertipu dengan Anwar yang bijak dengan bermain kata-kata.

Walau dinafikan oleh keluarga Anwar bahawa ada menghantar wakil bertemu, itu terserah kepada Saiful untuk membuktikan bahawa ada pertemuan dan berlakunya dialog agar dirinya memohon keampuan kepada Agong.

Jika benar ada berlaku pertemuan dengan wakil Anwar, sebaiknya Saiful mengekalkan pendirian bahawa Anwar selayaknya menjalani hukuman tersebut sahingga ketarikh akhir, jika tidak ia ada persamaan juga dengan kesnya yang pertama dibebaskan setelah menjalani separa hukuman, sedarlah Saiful bahawa ini bukan hukuman pertama Anwar diatas kesalahan dan perbuatan yang melibatkan perlakuan di luar tabii.

Benar memaafkan itu adalah tuntutan Islam, boleh sahaja memaafkan tetapi bukan mememohon keampuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membebaskan Anwar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.