Kiriman pada: Tue, Dec 6th, 2016

Penganggur Didakwa Bunuh Kanak-kanak Lelaki Berusia Dua Tahun Di Sungai Petani

Kongsi maklumat ini
Tags

bunuhSungai Petani – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Flat Paya Nahu di sini.

Tertuduh Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Affandi Fauzi dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di flat berkenaan antara 8 pagi 27 Okt hingga 2 pagi 24 Nov lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati.

Adibah Husna kemudiannya menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.