Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Penganggur didakwa curi telefon di Low Yat

Kongsi maklumat ini
Tags

gaduh-plaza-low-yat-1Kuala Lumpur: Penganggur berusia 22 tahun yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit di pusat beli-belah itu.
Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Noor.
Lelaki memakai baju hitam kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri telefon Lenovo S860 berwarna hitam bernilai RM800 milik Techasia Boutique pada 4.47 petang, 11 Julai lalu di Lot UG K021 UG Floor, Plaza Low Yat.
Kekecohan bermula malam Sabtu lalu hingga awal pagi keesokannya, apabila sekumpulan perusuh bertindak agresif membuat di pusat beli-belah itu kerana mempercayai khabar angin yang tersebar melalui laman sosial mendakwa tertuduh ditipu peniaga ketika membeli telefon.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.