Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

Penganggur Didakwa Rogol Remaja Bawah Umur

Kongsi maklumat ini
Tags

vfgmAYER KEROH – Mahkamah Sesyen, di sini memerintahkan seorang penganggur di penjara lima tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur bulan lalu.

Hakim Amran Jantan membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 18 tahun, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, kira-kira 12.30 malam pada 26 Julai lalu.

Dia juga didakwa merogol mangsa di tempat sama kira-kira jam 2 pagi pada 27 Julai lalu.

Ekoran itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam rayuannya, tertuduh yang mengaku mangsa adalah kekasihnya telah memohon supaya mahkamah memberikan hukuman ringan terhadapnya.

Menurutnya, walaupun perlakuan berkenaan dilakukan atas dasar suka sama suka, namun dia menyesalinya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.