Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Penganggur Mengaku Bersalah Cederakan Pegawai Mahkamah

Kongsi maklumat ini
Tags

Buruh-Mengaku-Tak-Bersalah-Beri-Suapan-Kepada-PolisTaiping – Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah mencederakan seorang pegawai Mahkamah Tinggi Taiping, Ahad lepas.

Majistret Noordura Mohamed Din turut memerintahkan tertuduh Lim Say Chuan membayar ganti rugi RM800 kepada pegawai itu dan dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Lim, 57, dari Pokok Assam di sini didakwa memukul Timbalan Pendaftar Mahkamah Raja Shahril Raja Baniman menggunakan rantai besi bermangga di Jalan Sultan Abdullah pada 8.40 malam ketika mangsa sedang mengayuh basikal.

Lim yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 pada ketika itu telah menghalang perjalanan Raja Shahril sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan melibas rantai besi sehingga mengenai tangan kanan mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Buang meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh telah sewenang-wenangnya mencederakan orang lain.

“Hukuman itu lebih bersifat sebagai mencegah kerana tertuduh juga mempunyai lapan kes kesalahan lampau,” katanya.

Lim diwakili peguam daripada Biro Bantuan Guaman M Kathan, manakala Mohd Aidil Arshad bertindak selaku peguam pemerhati mangsa.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.