Kiriman pada: Tue, Mar 24th, 2015

Penganjuran Pakej Umrah

Kongsi maklumat ini
Tags

pakejPutrajaya – Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam penganjuran program pakej umrah yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Anan C. Mohd berkata program itu yang telah menular sehingga ke Langkawi, Kedah merupakan satu penipuan dengan pihak penganjur membuat kutipan sebanyak RM500 bagi setiap penyertaan.

“JAWHAR selaku ahli Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan pakej umrah yang sering kali menggunakan nama-nama pemimpin dan orang kenamaan untuk menarik minat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya pada masa ini terdapat tiga bentuk penipuan pakej umrah iaitu penipuan dengan niat enggan mengadakan perkhidmatan, perkhidmatan tidak sama seperti dijanjikan serta penipuan seperti gores dan menang, cabutan bertuah dan kad seumur hidup.

Beliau berkata modus operandi adalah seperti tawaran pakej murah, MLM (pemasaran pelbagai peringkat), tajaan dengan jemaah hanya membayar sebahagian daripada kos sebenar dan menggunakan orang berpengaruh seperti artis, ustaz dan imam.

Anan turut menasihatkan orang ramai untuk menyemak laman web JAWHAR dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi memastikan syarikat serta pakej umrah yang ditawarkan mempunyai lesen yang sah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.